Tuesday 4 October 2011

Puisi 1 Malaysia

Malaysia sebuah negara
yang aman dan merdeka
rakyatnya pelbagai bangsa
hidup harmoni
tanpa mengira perbezaan
agama,adat dan budaya.

Masing-masing hidup bersatu padu
umpama aur dengan tebing
saling memerlukan antara satu sama lain.

Perpaduan ini
biarlah berkekalan selama-lamanya
agar kita dapat mengecapi kehidupan
dalam suasana yang tenang dan sejahtera.

Thanks For Reading (:

Ayat untuk ibu

Ibu,
kaulah ratu hatiku,
Ibu,
kau jualah matahari yang menyinari hidupku,
Ibu,
kau ibarat bulan yang menyinari kegelapan
Ibu,
kaulah yang menceriakan aku saat aku berduka,
Ibu,
maafkanlah daku jika selalu menyakiti hatimu,
Ibu,
maafkanlah daku jika pernah melakukan kesalahan dan kesilapan yang memalukan ibu,
Ibu,
kaulah yang selalu menyokong aku saat aku kecewa,
Ibu,
maafkan daku jika tidak mendengar nasihat atau laranganmu,
Ibu,
maafkan anakmu yang telah berdosa padamu ini...


                                            TERIMA KASIH MAK.
Thanks For Reading (:

Pantun Sayangi Alam

Memancing ikan di Sungai Jugra,
     Enak sekali dimasak gulai;
Manusia prihatin bumi terpelihara,
     Persekitaran indah tidak ternilai.

Enak sekali dimasak gulai,
     Sudah makan menjilat jari;
Persekitaran indah tidak ternilai,
     Dunia ini milik sendiri. 
Thanks For Reading (:

Dialog Perkataan Berlawan

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi Sahaja?
Petang Dan malam awak doakan saya tak Selamat?

Murid : Selamat pagi, petang Dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
Orang! Kata selamat sejahtera! Senang Dan Penuh Bermakna.Lagipun ucapan ini meliputiSemua Masa Dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang Perkataan Berlawan.
Bila cikgu sebutkan Perkataannya, Kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi Perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

murid :(senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : rendah!



Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu Gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!




Hasil nukilan dari Farrah Umairah Binti Khattul Anuar
Thanks For Reading (:

Sunday 2 October 2011

pantun dlm maksud

Burung jelatik sarang kedidi,
Sarang tempua sarang berjuntai;
Sungguhpun cantik sutera dipuji,
Belacu juga tahan dipakai.
Berbaju batik bujang kelana,
Duduk bermadah di tilam pandak;
Usah dipetik si bunga sena,
Warnanya indah berbau tidak.
Budak-budak mendayung perahu,
Sambil berdayung sambil bermain;
Macam mana bunga tak layu,
Embun menitis di tempat lain.
Cahaya redup menyegar padi
Ayam berkokok mengirai tuah
Jikalau hidup tidak berbudi
Umpama pokok tidak berbuah.
Seri Andalas ke kota Ambon,
Hendak mencari asam paya;
Kasih ibarat setitis embun,
Ditiup angin berderai ia.
Mengapa bising di tepi laut,
Ombak menghempas berderai-derai;
Kusangka tuan beras pulut,
Bila ditanak nasi berderai.
Nasi dingin bersayur mumbang,
Sayur dimasak dalam belanga;
Kami tak ingin melihat kumbang,
Kalau kumbang merosak bunga.
Di sana merak di sini merak,
Merak mana hendak dikepung;
Di sana hendak di sini pun hendak,
Pusing belakang terajang punggung.
Tuan ketam padi pulut,
Saya ketam padi Jawi;
Tuan berkata sedap di mulut,
Saya mendengar sakit hati.
Dari Kuala Pahang ke Kuala Lipis,
Mari dibawa angin utara;
Berhadapan saja mulutnya manis,
Paling belakang lain bicara.
Berilah saya pisau raut,
Hendak meraut bingkai tudung;
Gila apakah ikan di laut,
Mengidam umpan di kaki gunung.
Buah cempedak buah nangka,
Ditanam orang dalam di dalam kebun;
Haram tidak disangka-sangka,
Buah delima menjadi racun.
Raja di gua jalan ke teluk,
Cantik halus rupa mukanya;
Ibarat buah busuk di pokok,
Hilang manis pahit rasanya.
Meninjau berpadi masak
Batang kapas bertimpal jalan
Hati risau dibawa gelak
Bagai panas mengandung hujan
Panjanglah rumput di permatang
Disabit orang Inderagiri
Disangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengah hari
Pergi ke hutan memotong nibung
Parangnya tumpul tidak diasah
Petir berdentum kilat bersabung
Hujan tak jadi bajuku basah
Riuh rendah di tepi telok
Lihat orang duduk bertenun
Tengah malam ayam berkokok
Serasa tuan datang membangun
Terang bulan di Pulau Pinang
Anak Belanda turun ke kapal
Tengah malam bangkit terkenang
Air mata turun ke bantal.


Thanks For Reading (:

koleksi pantun melayu

Sirih berlipat sirih pinang 
Sirih dari Pulau Mutiara 
Pemanis kata selamat datang 
Awal Bismillah pembuka bicara 


Tetak buluh panjang suluh 
Mari jolok sarang penyengat 
Angkat doa jari sepuluh 
Doa minta biar selamat 


Tuailah padi antara masak 
Esok jangan layu-layuan 
Intailah kami antara nampak 
Esok jangan rindu-rinduan 

 
Hendak dulang diberi dulang 
Dulang berisi sagu mentah 
Hendak pulang ku beri pulang 
Tinggalkan pantun barang sepatah 


Lancang kuning lancang pusaka 
Nampak dari Tanjung Puan 
Kalau kering laut Melaka 
Barulah saya lupakan tuan 


Asam kandis mari dihiris 
Manis sekali rasa isinya 
Dilihat manis dipandang manis 
Lebih manis hati budinya 

Ayam hutan terbang ke hutan 
Tali tersangkut pagar berduri 
Adik bukan saudara bukan 
Hati tersangkut kerana budi 


Ayam rintik di pinggir hutan 
Nampak dari tepi telaga 
Nama yang baik jadi ingatan 
Seribu tahun terkenang juga 





Thanks For Reading (:

blog ini hak milik 1k2(2011)