Wednesday 27 April 2011

SYARAHAN

BY FARINA



                KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL

     Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Tun Ali, guru-guru, rakan-rakan pelajar, serta hadirin sekalian. Terima kasih kepada Persatuan Bimbingan dan Kaunseling yang mengundang saya untuk berceramah pada pagi ini. Tajuk ceramah sya ialah “Otak yang Cerdas Ada pada Badan yang Cergas” 
    
Hadiri sekalian,
     Tubuh badan dengan otak saling mempunyai kaitan yang rapat. Otak akan menjadi cerdas apabila tubuh badan sihat dan cergas. Sebaliknya, otak akn kurang berfungsi sekiranya seseorang itu diserang penyakit. Halini demikian kerana tubuh badan yang sihat akan mengaktifkan perjalanan darah ke otak. Oleh itu, otak akan dapat berfungsi dengan baik.
     Untuk menyihatkan tubuh badan, beberapaperkara perlu diberi perhatian. Pertamanya ialah kita hendaklah banyak melakukan senaman. Dengan bersenam, kita akan mengeluarkan peluh. Keadaan ini pastinya akan menyihatkan tubuh badan dan memberikan kesan yang baik kepada minda seseorang.
     Selain itu, kita perlulah makan makanan yang berkhasiat. Makanan yang berkhasiat banyak membantu proses penjagaan kesihatan. Sebaliknya, tindakan mengamalkan pemakanan yang berbahaya seperti minuman keras serta garam dan gula yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan. Begitulah juga halnya dengan rokok dan dadah, perlu kita hindarkan.
     
Hadirin sekalian,
     Orang-orang yang berilmu amat mementingkan aspek penjagaan kesihatan tubuh badan. Mereka amat mengambil berat terhadap pentingnya melakukan senaman dan pengambilan jenis makanan. Hal ini demikian kerana mereka sedar akan pentingnya tubuh badan yang sihat untuk merangsang kecerdasan minda mereka.
     Sebagai kesimpilannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa “Otak Cerdas Ada pada Badan yang Cergas”. Oleh itu, bersama-samalah kita menjaga kesihatan diri.
     Sekian, terima kasih.
     
            

Thanks For Reading (:

No comments:

Post a Comment

blog ini hak milik 1k2(2011)