Wednesday 27 April 2011

SYARAHAN

BY FARINA



               BERMUAFAKAT MEMBAWA
                               BERKAT
     
      Selamat pagi dan salam sejahtera. Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Kita semua maklum bahawa setiap pasti memerlukan pertolongan daripada orang lain dalam hidupnya. Oleh itu, manusia harus hidup bekerjasama dan bantu-membantu bagai aur dengan tebing. Sehubungan dengan itu, saya yakin bahawa tajuk “Bermuafakat Membawa Berkat” amat sesuai untuk saya perkatakan pada pagi yang mualia ini.
 
Hadirin sekalian,
        Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat. Apabila kita bermuafakat, hal ini menunjukkan kita bersatu hati dan seia kata. Berkat maksud manfaat atau faedah.
        Sesungguhnya, apabila kita bersatu hati, maka banyaklah manfaat yang akan kita peroleh. Apabila sepakat, kita dapat bantu-membantu untuk kebaikan bersama. Contohnya kita dapat bergotong-royong membersihkan tempat tinggal dan bantu-membantu ketika berlaku kecemasan.
        Apabila bermuafakat, perpaduan akan bertambah kuat. Dengan cara ini,kita dapat hidup dalam kesejahteraan. Persengketaan dan perbalahan dapat dihindarkan.
        Kata orang tua-tua, kalau sepakat jadi kuat. Apabila hidup sepakat, kita dapat bersatu padu dan menentang musuh kita dengan lebih mudah. Betepatan dengan hal ini, maka pentinglah bagi negara-negara di rantau ini, terutamanya yang berjiran seperti Malaysia dan Singapura, bersepakat bukan saja untuk kekuatan pertahanan tetepi juga untuk kekuatan ekonomi ketika menghadapi kegawatan.
         Begitulah manfaatnya hidup bermuafakat. Akhir kata, senantiasalah bermuafakat untuk mencapai kata sepakat kerana bermuafakat membawa berkat. Terima kasih.
  

Thanks For Reading (:

No comments:

Post a Comment

blog ini hak milik 1k2(2011)