Wednesday 27 April 2011

SYARAHAN

BY FARINA

                 PUNCA PENDERAAN KANAK-KANAK
    
       Assalamuailaikum dan salam sejahtera kepada semua peserta kursus. Saya, Puan Syarifah Fauziah Binti Syed Othman, Pengawai Kebajikan Masyarakat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor. Saya akan menyampaikan ceramah yang bertajuk “Punca Penderaan Kanak-Kanak”.
          Anda sekalian merupakan bakal ibu atau bapa pada suatu hari nanti. Justeru, anda perlu sedar akan pentingnya kebahagiaan dalam institusi rumah tangga. Kebahagiaan ini akan wujud jika ibu bapa serta anak-anak mempunyai hubungan yang baik, mesra dan kukuh. Jika sebaliknya, huru-haralah rumah tangga. Anaklah-anaklah yang menjadi mangsa utama.

Hadirin sekalian,
          Punca penderaan terhadap kanak-kanak ialah tekanan yang dialami oleh ibu bapa di tempat kerja yang dibiarkan berlarutan hingga ke rumah. Apabila berlaku pergaduhan suami isteri, anak-anaklah yang akan menjadi sasaran sepak terajang kerana mereka dianggap sebagai tempat melepaskan nafsu amarah dan tekanan yang dialami.
         Selain itu, lazimnya kes penderan ini timbul dalam kalangan pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada usia muda. Dalam usia yang masih muda, mereka tidak dapat berfikir secara matang. Kerenah anak-anak hendak dikawal dengan cara yang cepat dan mudah. Mreka terlalu mengikut kata hati dan darah muda. Oleh itu, mereka seringkali memukul anak atau mendera anak yang membuat kesalahan hingga ada yang separuh mati.
         Rata-rata penderaan dilakukan oleh orang yang kurang didikan agamanya. Terdapat segelintir ibi bapa yang tidak mendalami ilmu agama dengan  sepenuhnya. Ilmu agama yang ada dalam diri kurang sekali. Maka, lemahlah iman mereka. Orang yang lemah imannya tidak kuat benteng pertahanan dirinya. Mereka bertindak melulu tanpa berfikir panjang dalam melakukan sesuatu perkara, hinggakan anak sengiri sanggup dianaya dan didera.
         Akhirnya, saya ingin brpesan kepada diri saya dan anda semua bahawa anak-anak adalah amanah Tuhan. Jaga, hargai, dan sayangilah mereka seperti anda menyayangi diri anda sendiri,
          Sekian, terima kasih.







Thanks For Reading (:

No comments:

Post a Comment

blog ini hak milik 1k2(2011)