Wednesday 27 April 2011

BY FARINA



                 MENGELAKKAN KEMUSNAHAN
                             ALAM SEKITAR

        Salam sejahtera saya ucapkan kepada saudara Pengacara Majlis,guru-guru, serta hadirin sekalian. Terima kasih kerana mengundang saya untuk menyampaikan ceramah pada pagi ini. Tajuk ceramah saya ialah “Langkah-langkah untuk Mengakkan Kemusnahan Alam Sekitar”.
       
Hadirin sekalaian,
         Pewartaan hutan simpan merupakan langkah bijak kerajaan untuk memulihara khazanah hutan. Pihak kerajaan telah mewartakan beberapa kawasan hutan sebagai hutan simpan seperti Huan Simpan Sepilok, Taman Negara Pahang, Taman Negara Bako, dan lain-lain. Melalui cara ini sudah pasti khazanah hutan dapat dipulihara untuk kepentinganmanusia sejagat serta habitat flora dan fauna.
         Selain itu, pihak yang bertanggungjawab perlu juga mengehadkan kadar pengeluaran lessen pembalakan kepada pengusaha. Penebangan kayu balak perlu dikurangkan. Setiap pengusaha pembalakan perlu memastikan bahawa kegiatan mereka dijalankan mengikut undang-undang dan praturan yang telah diteteapkan.
        Terdapat juga kejadian pembalakan haram yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Oleh hal yang demikian, pihak Jabatan Perhutanan perlu mengambil tindakan tegas untuk menghalang dan membanteras kegiatan yang melanggar undan-ndang ini. Pihak yang berkenaan perlu mengenakan denda yang tinggi terhadap pembalak-pembalak haram untuk memberi pengajaran kepada mereka.
         Selain itu  kerajaan perlu menganjurkan kempen-kempen untuk memberikan kesedaran tentang pentingnya hutan kepada seluruh anggota masyarakat. Antara kempen yang patut diadakan termasuklah Hijaukan Bumi, Cintai Hutan Kita, dan Khazanah Hutan Wajib Dipulihara. Melalui kempen-kempen ini, seluruh masyarakat akan mendapat ilmu pengetahuan tentang pentingnya hutan. Cara ini memungkinkan mereka menyayangi khazanah alam yang ditinggalkan oleh masyarakat terdahulu.
         Akhir kata, ingatlah bahawa hutan penting dalam kehidupan kita. Kemusnahan hutan akan memusnahkan kehidupan kita lambat launnya.
         Sekian, terima kasih.    
   





Thanks For Reading (:

No comments:

Post a Comment

blog ini hak milik 1k2(2011)