Wednesday 27 April 2011

KARANGAN SYARAHAN

BY FARINA

                   MAJLIS PERSARAAN GURU


     Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada hadirin sekalian. Terima kasih kepada saudara Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin, Tuan Haji Mazlan Bin Sharif, yang diraikan Cikgu Md. Din Azam,para tetamu undangan, guru-guru, para pengawas, dan rakan sekalian.
     Sebagai wakil pelajar saya ingin meluahkan rasa sedih dan terharu atas persaraan Cikgu Md. Din yang selama ini telah mengajar dan mendidik kami dengan penuh dedikasi. Kami faham bahawa tugas guru bukanlah mudah. Lebih-lebih lagi kerana terpaksa berhadapan dengan segala macam kerenah pelajar seperti kami. Sehubungan dengan itu, dengan rasa ikhlas hati saya memohon maaf kepada para guru, khususnya kepada Cikgu Md. Din yang akan bersara nanti.
     Guru ibarat lilin. Guru banyak berkorban utuk memastikan para pelajar mencapai kecemerlangan rohani dan jasmani. Sepanjang Cikgu Md. Din mengajar di sekolah ini, beberapa kejayaan terbesar telah dicapai oleh pihak sekolah. Sebagai guru pusat sumber sekolah ini, Cikgu Md. Din Berjaya memastikan bahawa Anugerah Pusat Sumber Terbaik Kebangsaan kita pegang selama lima tahun berturut-turut.
      Program NILAM yang diselenggarakan beliau turut memberikan kesan positif. Atas insiatif beliaulah minat membaca dalam kalangan pelajar ini semakin meningkat. Tidak dapat dinafikan juga bahawa program tersebut mempengaruhi kecemerlanganpelajar sekolah ini dalam peperiksaan PMR dan SPM.
     Kami berasa amat kagum atas dedikasi yang ditunjukkan oleh Cikgu Md. Din. Beliau sama-sama turun ke padang dengan semangat beliau yang tidak ubah seperti guru-guru muda. Sokongan padu sentiasa diberikan kea rah memajukan pencapaian sukan para pelajar. Atas semua jasa Cikgu Md. Din, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

     Hadirin sekalian,
               Akhir kata, saya mewakili pelajar-pelajar sekolah ini mengucapkan selamat bersara kepada cikgu. Semoga cikgu senantiasa tenang dan bahagia menjalani hari-hari selepas bersara. Jasa cikgu tidak akan kami lupakan.
                            Kalau ada sumur di lading,
                                     Boleh kami menumpsang mandi;
                            Kalau ada umur yang panjang,  
                            Boleh kita berjumpa lagi.
           
            Sekian, terima kasih.                                                                                       



Thanks For Reading (:

No comments:

Post a Comment

blog ini hak milik 1k2(2011)