Thursday 28 April 2011

Tajuk:
Masyarakat Melayu kaya dengan puisi tradisional. Pantun mempunyai keistimewaan dan peranannya yang tersendiri dalam kalangan masyarakat dahulu dan kini.
Bincangkan peranan dan keistimewaan pantun.
Contoh Jawapan:
Puisi traditional Melayu termasuklah pantun merupakan satu bukti kehidupan masyarakatnya yang unit. Pantun yang terhasil daripada kata-kata yang puitis dalam setiap baitnya terutama unsur tersirat yang kadangkala begitu menarik untuk dikaji. Pada masa yang sama pantun juga membuktikan falsafah bangsa yang mendalam cirinya. Sesuai dengan peribahasa ‘tak lapuk dek hujan tak leaking dek panas’, pantun memiliki banyak keistimewaan dan peranan yang tersendiri dalam kebudayaan masyarakat di negara ini.
Peranan pantun yang ketara ialah sastera ini menjadi media komunikasi dan hiburan semula jadi buat masyarakat kita. Pantun digunakan sebagai lagu dan dinyanyikan untuk tujuan berhibur atau mengusik antara jantina dalam masyarakat kita. Tindakan ini menjadikan kehidupan masyarakat lebih ceria, seronok dan menarik untuk dilalui. Sesungguhnya, pantun menjadikan kehidupan masyarakat menjadi lebih bermakna.
Selain itu, pantun juga memberikan nasihat dan tunjuk ajar terutama kepada generasi muda kita. Golongan tua yang kaya dengan pelbagai nasihat dan pengalaman hidup serta amat peka dengan perubahan sesuatu perkara selalu menggunakan pantun sebagai kaedah memberi peringatan pula. Contohnya, Pantun Kiasan dalam Antologi Anak Laut yang jelas menolak sebarang usaha suka membazir dalam kehidupan manusia itu. Jelaslah, pantun boleh secara diam-diam memberi nasihat kepada masyarakat untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan.
Malahan, pantun juga dilihat sebagai satu cara untuk menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih kepada seseorang itu. Masyarakat kita memang terkenal dengan sikap masyarakat yang mengenang budi orang lain. Pantun yang menggunakan bait Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati membuktikan betapa tingginya konsep mengenang budi dalam masyarakat kita itu.Maka, pantun menjadi satu cara yang paling mudah untuk menyuarakan rasa terima kasih atas bantuan yang diterima daripada seseorang manusia itu.
Pantun juga dilihat sebagai satu teknik menyindir atau menempelak seseorang itu dengan lebih sopan. Masyarakat kita yang tidak suka menimbulkan masalah pergaduhan tetapi masih mahu memberi peringatan kepada orang lain telah menggunakan pantun sebagai jalan penyelesaiannya. Penggunaan pantun membolehkan hanya orang yang melakukan sesuatu tindakan yang salah itu memahaminya lalu berusaha untuk mengubah kesilapannya pada masa hadapan. Oleh itu, pantunlah yang membantu masyarakat kita mengkritik ahli yang lain tetapi masih mengekalkan suasana keharmonian dalam sesebuah masyarakat itu.
Akhir sekali, pantun juga berperanan untuk mempamerkan adat istiadat masyarakat kita. Sudah acap kali pantun digunakan sebagai pembuka kata sebagai tanda memento kebenaran atau menyampaikan hasrat terutama ketika majlis perkhawinan dan sebagainya. Penggunaan kaedah berpantun ini menjadikan suasana majlis lebih ceria dan menarik kepada masyarakat. Sesungguhnya, penggunaan pantun sebagai alat adat istiadat telah meninggikan lagi kedudukan pantun dalam masyarakat kita itu.
Kesimpulannya, pantun mempunyai keistimewaan yang tersendiri dalam masyarakat kita. Situasi ini menjadikan kedudukan pantun itu sesuatu yang bernilai dan harus dikekalkan dalam kebudayaan kita. Namun, pantun semakin lama semakin terhakis akibat perubahan zaman yang berlaku dengan pantas itu. Bak kata pepatah, ‘biar mati anak, jangan mati adat’ yang membuktikan bahawa pantun itu sesuatu yang berharga dalam kebudayaan kita.



Thanks For Reading (:

No comments:

Post a Comment

blog ini hak milik 1k2(2011)