Sunday 24 April 2011

KARANGAN BERITA..

BY FATIN NABILLA..


JASIN, 18 Januari - Hujan lebat yang turun selama 24 jam tanpa henti telah mengakibatkan banjir besar di Daerah Melaka Tengah.Beberapa kawasan rendah telah dinaiki air setinggi tiga meter dan berbahaya kepada semua kenderaan.


     Kawasan bandar Jasin didapati lengang dan semua urusan harian termasuk urusan perniagaan tergendala sejak dua hari yang lalu. Namun begitu, dalam suasana yang tidak menentu itu, terdapat segelintir orang awam yang mencuba menangguk di air keruh dengan mencuri harta benda milik mangsa-mangsa banjir dan menceroboh premis-premis perniagaan. Pihak polis yang mendapat maklumat itu telah meningkatkan kawalan keselamatan dan bertindak menangkap pihak yang tidak bertanggungjawab berkenaan.


     Pihak sukarelawan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Jabatan Polis dan anggota penyelamat telah berganding bahu memindahkan mangsa-mangsa banjir ke tempat yang ditetapkan seperti dewan orang ramai,kawasan sekolah dan ada juga yang tinggal sementara di rumah saudara mara. Pertambahan bilangan mangsa yang dipindahkan telah menyulitkan keadaan terutama dari segi penyerdiaan keperluan seperti makan,minum,perubatan dan tempat tinggal.


     Keadaan menjadi bertambah gawat apabila bekalan elektrik di kawasan terbabit mngalami gangguan sejak semalam dan hingga berita ini ditulis keadaan bekalan elektrik masih tidak berubah. keadaan ini menyebabkan pengurusan mangsa-mangsa banjir bertambah sukar.


     Bilik Gerakan Banjir Daerah Melaka Tengah mengingatkan para penduduk yang tinggal di kawasan rendah supaya berwaspada tentang kemunkinan paras air akan terus meningkat. Pihak kerajaan negeri meminta ibu bapa supaya memantau anak-anak kerana malang tidak berbau.


Thanks For Reading (:

No comments:

Post a Comment

blog ini hak milik 1k2(2011)