Sunday 24 April 2011

KARANGAN BERITA..

BY FATIN NABILLA..


KOTA TINGGI, 15 Ogos- Sebuah pasaraya terkenal di bandar ini telah dituduh cuai kerana menjual makanan dalam tin yang sudah tamat tempoh pergunaannya. Pasar raya berkenaan yang telah beroperasi di bandar ini selama lebih dua dekad telah mengadakan jualan murah sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang akan disambut tidak lama lagi.


     Selain mengadakan jualan murah, pasar raya berkenaan turut menawarkan pelbagai hadiah dan ganjaran yang lumayan kepada pembeli yang bertuah. Tindakan pasar raya tersebut yang mengambil jalan mudah untuk melariskan jualan amat tidak disenangi oleh para pelanggan. Seorang pelanggan yang ditemui, iaitu Puan Aminah Shuib telah mengatakan bahawa tindakan pihak psar raya tersebut ibarat api dalam serkam.tindakan tersebut lambat laun akan diketahui kerana bangkai gajah tidak dapat ditudung dengan nyiru.


     Menurut Puan Aminah lagi, beliau menyedari telah tertipu apabila beberapa orang jirannya turur mengadu bahawa mereka telah membeli makanan dalam tin yang telah rosak dan ada juga yang telah berulat. Barangan yang dibeli telah dirujuk pihak pengurusan pasar raya tersebut pada hari itu juga tetapi tiada langkah positif yang dilakukan setakat ini.


     Namun begitu, beberapa orang pelanggan telah mengadukan masalah mereka kepada persatuan pengguna. Pihak Persatuan Pengguna ketika dihubungi telah menyatakan bahawa pihak mereka ada menerima maklumat dan akan menyiasat segala aduan. Pihak Persatuan Pengguna juga menyeru semua saksi tampil memberikan keterangan bagi memberikan pengajaran kepada pihak terbabit.
Thanks For Reading (:

No comments:

Post a Comment

blog ini hak milik 1k2(2011)