Sunday 24 April 2011

KARANGAN FAKTA

BY NUR ADIBAH..



          Setiap rakyat di dunia ini ada permainan tradisional masing-masing. Begitu juga rakyat Malaysia. Permainan tradisional seperti wau, gasing dan congkak yang popular pada suatu ketika dahulu kini semakin dipinggirkan dalam arus perdana. Pelbagai langkah telah dilakukan bagi mengembalikan kegemilangan permainan tradisional agar tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas.

          Bagi mendekatkan rakyat dengan permainan tradisional, pelbagai langkah dapat diadakan. Antaranya, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan mengadakan kempen dan promosi melalui media cetak dan media elektronik. Lembaga Penggalak Pelancongan termasuk pihak pengurusan hotel disaran mengedarkan brosur dan buku panduan tentang permainan tradisional kepada para pelancong yang menginap di hotel berkenaan.

          Usaha seterusnya ialah menyediakan kawasan atau tapak khas kepada rakyat untuk melakukan aktiviti permainan ketika hujung minggu atau semasa cuti sekolah.Dengan adanya kawasan khas tersebut, golongan remaja dapat mempersembahkan permainan tradisional sekali gus dapat menarik minat pelancong tempatan dan pelancong asing mempelajari kaedah permainan berkenaan.

          Untuk menyebarluaskan permainan tradisional Malaysia di peringkat global, peranan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dapat membantu pihak kerajaan sebagai contoh,MAS telah menggunakan permainan wau sebagai logo korporat syarikat berkenaan. Langkah ini tentulah dapat menbantu mempromosi keunikan permainan tradisional rakyat Malaysia.

          Usaha-usaha mengetengahkan permainan tradisional memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Tanpa sokongan daripada pelbagai pihak, permainan tradisional ini munkin akan terkubur dan lupus ditelan zaman.

Thanks For Reading (:

No comments:

Post a Comment

blog ini hak milik 1k2(2011)