Monday 25 April 2011

KARANGAN BERITA..

BY FATIN NABILLA.. ( always ep! )


TANJUNG KARANG, 24 September- Sebanyak dua puluh orang pelajar dan lima orang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Jaya Cendana telah melakukan lawatan ke Rumah Anak-Anak Yatim (PEYATIM) di tanjung karang, Selangor. Lawatan yang julang-julang kali diadakan itu bertujuan menanamkan rasa kasih kepada insan yang kurang bernasib baik.


     Ketibaan ahli rombongan telah disambut oleh pengetua PEYATIM, iaitu Puan Sharifah Radziah Nazri. Taklimat ringkas berkaitan dengan latar belakang dan tenaga penggerak PEYATIM telah diadakan. Menurut Puan Radziah, PEYATIM ditubuhkan atas kesedaran dan rasa insaf beliau terhadap anak-anak yang kehilangan kasih sayang ibu bapa.Beliau menambah, betapa berat matang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah yang dialami oleh beliau semasa menubuhkan PEYATIM. Pada mulanya PEYATIM mendapat sokongan daripada individu tempatan sahaja. Namun begitu, akhir-akhir ini PEYATIM mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat terutama tokoh-tokoh korperat dan kerajaan negeri.


     Program sehari itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran dan bahagian dalaman asrama. Pada sebelah tengah hari, program beramah mesra dan makan beramai ramai telah diadakan bagi mewujudkan suasana harmoni dalam sebuah keluarga.


     Cikgu Syafiq selaku ketua rombongan telah menyerahkan sumbangan derma berjumlah RM300 yang dikutip daripada pelajar-pelajar sekolah sebangai tanda kasih dan prihatin terhadap warga PEYATIM.


     Sebelum berangkat meninggalkan PEYATIM, Cikgu Syafiq telah menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama yang ditunjukkan oleh warga PEYATIM. Menurut beliau, acara lawatan seperti ini dapat memupuk semangat bekerjasama sesama insan terutama mereka yang kurang bernasib baik.
Thanks For Reading (:

No comments:

Post a Comment

blog ini hak milik 1k2(2011)