Thursday 28 April 2011

Kejadian gempa bumi yang melanda kawasan pedalaman China beberapa hari lalu telah mengemparkan lagi masyarakat dunia. Kejadian gempa bumi kini sudah menjadi sesuatu yang biasa pula. Baru sahaja kita mengalami gempa bumi di Iran, kemudian Turki, Taiwan, Haiti, Indonesia  dan kini China pula. Begitu juga dengan kejadian banjir terutama banjir lumpur yang melanda Brazil, Sepanyol dan beberapa negara yang lain. Keadaan ini menyebabkan pelbagai persoalan mula timbul dalam minda masyarakat dunia. Adakah ini tandanya dunia sedang mengalami proses pemulihan akibat sindrom pemanasan global?
Sebenarnya kejadian gempa bumi merupakan sesuatu yang biasa di dunia ini begitu juga dengan kejadian banjir tetapi keadaan geografi dunia yang mula berubah, banyak nyawa mula terancam terutama penduduk yang tidak berdosa itu. Lantaran itu, pelbagai tindakan perlulah diambil oleh pihak berkuasa bersama-sama dengan penduduk setempat untuk memastikan bencana alam ini tidak akan berulang dengan begitu mudah lalu mengorbankan nyawa pula.
Pihak berkuasa hendaklah meningkatkan lagi aktiviti pengawasan mereka terhadap kawasan hutan supaya tidak lagi ada sebarang tindakan memusnahkan hutan dengan begitu ketara atau tanpa kawalan. Ketiadaan hutanlah yang menjadikan bencana banjir berlaku dengan begitu mudah terutama apabila jumlah air hujan yang terima pada satu-satu masa itu begitu tinggi daripada kebiasaannya.
Kawasan yang dianggap berisiko tinggi untuk berlaku kejadian gempa atau banjir hendaklah dilaksanakan usaha pemindahan penduduknya ke kawasan yang lebih selamat. Tindakan proaktif ini menjadikan risiko kematian manusia di sesuatu kawasan itu tidak begitu tinggi lagi. Sudah pasti proses pemindahan ini memerlukan satu kajian yang terperinci terlebih dahulu sebelum dilaksanakan pula.
ChinaEarthquake02 Gempa Bumi dan Banjir Fenomena Biasa Dunia Kini?
Sudah pasti usaha mengurangkan kadar pelepasan asap atau karbon ke udara diatasi segera. Sudah jelas berdasarkan kajian para saintis bahawa dunia mengalami pemanasan global akibat pelepasan gas karbon yang keterlaluan akibat proses kemodenan dunia yang ketara itu. Setiap negara terutama negara maju hendaklah bersetuju untuk mengurangkan kadar pertumbuhan ekonomi masing-masing supaya tidak banyak gas karbon dilepaskan ke ruang udara pula.
Satu sumber tenaga altenatif juga hendaklah dicari selain terlalu bergantung terhadap sumber tenaga petroleum yang sudah jelas meninggalkan karbon yang tidak sihat itu. Sumber tenaga lain seperti angin, air dan suria perlu diberi peluang dengan pemberian pelbagai insentif untuk dilaksanakan dalam versi besar-besaran pula. Semakin pantas kita bertindak ke arah tenaga alternatif ini semakin mudahlah masalah pemanasan global ini ditangani pula.
Masalahnya ialah kita masih enggan menerima kenyataan dan berpendapat tugas menyelamatkan dunia bukanlah tanggungjawab kita tetapi orang lain. Keadaan ini menyebabkan semua pihak baik kerajaan mahupun rakyat hanya melihat dan meratapi setiap kali bencana alam berlaku di negara ini. Mungkin sudah sampai masanya kita semua sedar lalu membuat satu keputusan yang drastik pula.


Thanks For Reading (:

No comments:

Post a Comment

blog ini hak milik 1k2(2011)